Friday, 31 July 2015

1 Syawal + Hari Graduasi



Tahun ni raya geng bujang, yang berkahwin habis beraya rumah mertua. 
Inilah jadinya bila anak-anak bujang bergambar. Tak adanya yg serius, semua nak gaya kuak lentang, kuak kupu-kupu dan gaya bebas -__-

Beraya tahun ni pergi rumah kawan sekolah, bila lama tak jumpa dan masing-masing ada kerjaya sendiri rasa ahhhhhh rindunya zaman sekolah. Peragai masing-masing tak berubah ;P

Balik kampung rumah tok menakan dapat pengalaman baru, nak tahu ? tengok tok menakan hambat kerbau masuk kandang. wahhhhh macam orang panggil hantu. terpekik, menjerit. hahaha. kerbau keluar drp lumpur dgn segaknya, maka anak menakan menjerit ketakutan. Ada juga ank menakan ingat kerbau itu Elephant. Mohon pergi zoo nanti -_-''

open house tahun ni, menumpang rumah kakak. Rakan-rakan pra-U yang gila bakso menu wajib setiap kali open house mesti datang. terima kasih yg datang :)




Alhamdulillah, Hari Graduasi pertama kalinya dilaksanakan utk pelajar pra-u/STPM SMK Keladi 29/7/2015.
Terima kasih kepada cikgu dan junior segala usaha yang dilakukan bagi menjayakan hari graduasi ini. Akhirnya, segala penat lelah dan usaha berjaya di lalui. 
Semoga semua dapat menjejakkan kaki ke menara gading. Rezeki dimana-mana sahaja ;D 




Terima Kasih Daun Keladi,Nanti Datang Lagi

Friday, 27 February 2015

Flying to Sabah





Alhamdulillah, perjalanan yang dah lama dirancang. dah lama nak pergi, akhirnya sampai juga.
disebabkan kakak di'posting'kan ke sekolah di sabah, masalah tempat tinggal beres. jimat. 
jalan-jalan pun sendiri je, pemandu pelancong pun tak dak. belasah je jalan janji sampai. hihik
tempat yang menjadi sasaran kami: Rumah Terbalik, Desa Farm Kundasang (kaki gunung) , Tagal ikan *ikan gigit kaki* , Pasar Philipina , Pulau Sapi dan Pulau Manukan. 
air laut dia cantik, tak tercemar dan sejuk tau. kalau nak merasa pergi lah nanti :p 




Kebetulan sangat jumpa banner bunga rafflesia di gantung tepi jalan. masuk-masuk seorang RM20, murah atau mahal ? tak apalah alang-alang sampai kan, sebab bunga ni jarang nak berbunga tau. bunga yang kami melawat ni special sikit sebab apa 6 kelopak.



Gunung Kinabalu
gunung ni malu, nak tengok dia boleh nampak masa pagi ja. pagi pun dalam beberapa minit ja boleh tengok, tengah hari ka petang ka habis ditutup awan. cantik ciptaan Tuhan, indah dan nyaman ja tengok. Melihat pemandangan didepan mata lain dengan depan 'screen' komputer :D


Selamat Tahun Baru warga blogger, haha * lama sangat tak update kan, macam la sibuk sangat -_-


Terima Kasih Daun Keladi,Nanti Datang Lagi

Monday, 8 December 2014

Ke Seberang ~ Hatyai





Hari pertama dari Kulim bertolak ke Bukit Kayu Hitam
Sampai Dannok melalui sempadan apa semua terus ambik van ke Hatyai
Sampai Hatyai terus membeli-belah di Pasar berdekatan
pukul 12 check-in hotel 
seterusnya naik tuk-tuk *teksi* ke Chang Puak Camp, nak naik gajah main dengan gajah semua boleh.haha
lepas naik gajah terus ke 'Floating market' jual makana atas sampan.Unik sangat selalunya tengok dalam tv jer kan. Belajar sejarah Thailand tapi tak pernah berasa macam mana. 
jalan-jalan lenguh kaki pergi la mengurut, lega la sikit. murah mengurut dia seorang RM20 duit kita la.
Malam terus ke 'Night Market' okay banyak pakaian cantik-cantik dan murah-murah. Kalau tengok orang berniaga online tuh padahal dekat night market nih ada semua *tak la semua* rasa macam tertipu ja tengok barang online padahal barang China dengan Thailand -__- 

Hari kedua tak pergi mana, sebab berjalan sakan kelmarin kan.haha
balik pergi Dannok, tak sah kalau tak makan Tomyam kan. hurmm sedap ! 
pergi Dannok baru la boleh beli serba sedikit barang, murah tuh tak la sangat tapi okay la sebab banyak pilihan jugak.
Balik terus terlentang !!

Dah lama tak pergi,dulu pergi masa kecik tapi tak berjalan sangat. Orang ramai, mungkin cuti sekolah, rombongan pun banyak. okay, selesai vacation. next vacation ? *amboi banyak duit.




Terima Kasih Daun Keladi,Nanti Datang Lagi