Monday 8 December 2014

Ke Seberang ~ Hatyai





Hari pertama dari Kulim bertolak ke Bukit Kayu Hitam
Sampai Dannok melalui sempadan apa semua terus ambik van ke Hatyai
Sampai Hatyai terus membeli-belah di Pasar berdekatan
pukul 12 check-in hotel 
seterusnya naik tuk-tuk *teksi* ke Chang Puak Camp, nak naik gajah main dengan gajah semua boleh.haha
lepas naik gajah terus ke 'Floating market' jual makana atas sampan.Unik sangat selalunya tengok dalam tv jer kan. Belajar sejarah Thailand tapi tak pernah berasa macam mana. 
jalan-jalan lenguh kaki pergi la mengurut, lega la sikit. murah mengurut dia seorang RM20 duit kita la.
Malam terus ke 'Night Market' okay banyak pakaian cantik-cantik dan murah-murah. Kalau tengok orang berniaga online tuh padahal dekat night market nih ada semua *tak la semua* rasa macam tertipu ja tengok barang online padahal barang China dengan Thailand -__- 

Hari kedua tak pergi mana, sebab berjalan sakan kelmarin kan.haha
balik pergi Dannok, tak sah kalau tak makan Tomyam kan. hurmm sedap ! 
pergi Dannok baru la boleh beli serba sedikit barang, murah tuh tak la sangat tapi okay la sebab banyak pilihan jugak.
Balik terus terlentang !!

Dah lama tak pergi,dulu pergi masa kecik tapi tak berjalan sangat. Orang ramai, mungkin cuti sekolah, rombongan pun banyak. okay, selesai vacation. next vacation ? *amboi banyak duit.




Terima Kasih Daun Keladi,Nanti Datang Lagi

Tuesday 2 December 2014

Wordless #5





Kadang-kadang terfikir macam mana la aku boleh terjebak menjadi pelajar tingkatan 6. Dulu masa sekolah tak terfikir langsung nak masuk tingkatan 6, fikir masuk Universiti ja. Padahal baru tahu punyalah susah nak masuk Universiti walaupun keputusan SPM tak la teruk sangat.

Bila dah mula jadi pelajar tingkatan enam rendah memang terumbang-ambing jugak la fikiran, nak berhenti ka tak nak. Dapat tawaran Politeknik, Pra Diploma UITM pun tolak sebab dah fikir masak-masak nak teruskan juga STPM. *walaupun belajar main-main betul*

Penggal 1 dah lepas mula la penggal 2 pulak,masa tuh kerja projek yang menggila susah sebab pengalaman takdak langsung *zero* ramai juga la yang berhenti sebab stress.haha sampai macam tuhh sekali.Nak bahagikan masa untuk 'study' dan buat kerja projek memang pening jugak la.

Naik penggal 3 rasa dah ada pengalaman, okay la bila buat kerja projek tambah tambah subjek Pengajian Perniagaan -___-
bila final exam, bermulalah exam penggal 3 dengan ulangan*repeat,sshhhhh* masa exam free tak jawab elok elok kan bila dapat eheem ehemm kena la mengulang *RM50 1 paper okayyyy*

Banyak sangat kenangan, walaupun dalam masa 1tahun setengah ja. Kawan-kawan yang selalu happy, selalu gelak, kelas kalau boleh bising lagi daripada budak tingkatan 2 =_="" 
jamuan pun setahun 5 6 kali buat, kerja makan ja. berat badan pun kerja naikkkkk ja kan.

Bila tamatnya sekolah, rasa nak pulak p sekolah.haha, harap harap semua berjaya menyambung pelajaran ke Universiti. Biarlah yang berlalu menjadi kenangan yang terindah *ccehhhh*

*sebenarnya lama tak update blog, ok papai*


Terima Kasih Daun Keladi,Nanti Datang Lagi

Thursday 16 October 2014

USM + Hi-Tea.



Lawatan ke Universiti Sains Malaysia (USM) induk di Pulau Pinang :)






Hi-Tea (Jamuan Akhir Tahun) 
Tempat: Kulim Golf
Tarikh: 15.10.14
Tema: Suka Hati :P




rasa macam dah lama tak 'Publish' cerita baru *oh rindu*
okay bye :D





Terima Kasih Daun Keladi,Nanti Datang Lagi

Saturday 23 August 2014

BBq.












ber'BBQ' bersama-sama rakan sekelas Pra-U 
riuh rumah orang dengan suara 'merdu' semua
entah la apa motif buat BBq nih, mengeratkan silaturahim kowt yang penting mengeyangkan perut -_-
kadang-kadang seronok jugak buat aktiviti santai macam nih, selalunya dekat sekolah hadap buku ja.hehe
orang depan ber'monopod' orang tepi ber'monopod' adoiii ~ kita pegang la camera berat 5kg tuhh =.="
harap-harap lepas ni ada lagi *muka merayu*


Terima Kasih Daun Keladi,Nanti Datang Lagi

Friday 15 August 2014

Syawal ~ 2014



Suasana 1 Syawal
keluarga Ibrahim kembali bergabung..haha,walaupun tak cukup tapi dah bermakna raya kali ni
tema 'THE VIOLET' ehem ehemm memang takdak kaitan dengan saya pun sebab ikut giliran tahun 2014 memang warna Ungu pun :D
duit raya pun masih lagi dapat ini semua sebab sekolah lagi jerr =.="







Hari Kantin tahun 2014 kali ni sambut raya sekali
semua pelajar dibenarkan memakai baju raya
tapi kan ada juga yang pakai baju Pra-U kan -___- haha *alasan nak buat kerja senang*
tahun ni berniaga roti John dan air berkarbonat *modal tak cukup*
tapi untung tuhh jangan cakap la :D hehe
tahun akhir untuk sambut hari kantin *huaaa*



'Open House' SYM
last raya sakan sebelum sambung buat kerja kursus -_-
5 ekor kambing habis pada pukul 2.30pm *tak percaya sudah*
semua menu ada, rambang mata nak memilih, tapi dalam keadaan panas terik tuh cari air dulu la kn


disebabkan 'malas' nak update blog ni la jadi dia orang kedah cakap 'kampoi' habis semua gambar-gambar dalam 1 post -___- *beleter*






Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada warga blogger mohon maaf andai terkasar bahasa dalam penulisan blogger ini atau ada mengguris hati.






Terima Kasih Daun Keladi,Nanti Datang Lagi

Monday 2 June 2014

Apabila Fawwaz berumur 1 tahun



Selamat Hari Lahir Fawwaz 30/5/2013 :)

Seronok betul budak-budak sekarang kecik kecik dah sambut birthday kita nih tak pernahnyaa sambut *sentappp!! :P

Terima Kasih Daun Keladi,Nanti Datang Lagi

Thursday 29 May 2014

Travelling With 'Keluarga Tingkatan Enam'









Tempat pertama sekali singgah Lembah Bujang,tengok candi-candi barang barang sejarah
bersama guru guru sejarah yang terer bab bab sejarah nih :D

kebetulan ada karnival hari tuhh dekat Muzium Lembah Bujang, nak cerita sikit yang bestnya kan kan ada cabutan bertuah,yang lagi best hadiah yang paling besaq! tuhh iols dapat tau *adakah ini bertuah namanya*

 pergi Pantai Merdeka yang kononnya dah merdeka untuk sem 2 nih -_- lama tak pergi Pantau Merdeka tak banyak yang berubah cuma laut dekat situ tak boleh mandi air dia kotor sangat haaa

Malam tuhh berBBQ yang disponsor oleh cikgu Zabariah,memang happening sampai pening pagi tuhh kan
dalam masa yang sama kami main game tukar hadiah dan buat pelbagai aksi 
hadiah yang paling 'glamor' sekali hadiah spanar !!  :P hahaha

keesokan harinya bangun seawal pukul 4 pagi *awal kau* sebab apa takut berebut bilik air..haha
dan seawal pukul 6.30 jugak kami pergi 'menenangkan diri' di tepi pantai *best oii*
aktiviti pagi tuhh main tuju kasut,running man dan membersih pantai

sebelum balik ke sekolah sempat la buat penyampaian hadiah dan ucapan daripada guru dan pelajar dalam dewan yang ditempah khas :) *special tak kami*
tak terlepas jugak menyanyi lagu Cinta Pantai Merdeka beramai-ramai :D *malas nak upload video*
ohh lupa kepada 3 orang adik lowersixth yang join dalam travel nihh harap harap hampa faham la peragai kakak-kakak uppersixth yang tak betul sikit nih -.-"


Selamat Bercuti Sekolah 

Good Luck untuk Sem 3 pulak :) 






Terima Kasih Daun Keladi,Nanti Datang Lagi

Wednesday 7 May 2014

Family Day at Pulau Pangkor






Tiga Hari Dua malam yang bermakna.haha 
Pertama kali pergi pulau pangkor, sebelum ni tengok dalam tv jerr -_- *sedihhh*
Kami menginap dekat Marina Island,pulau buatan manusia yang asalnya laut tetapi telah ditambak
Seram duduk dekat situ takut tanah runtuh =.='
Naik feri pergi pulau pangkor 10 minit ja, kebas punggung pun tak sempat
Kalau naik feri dari Lumut jauh sikit 
Van-van pelancong dekat Pulau Pangkor semua warna 'PINK' comel betul tengok :D
Balik tuh sempat la singgah Teluk Batik dan Pekan Lumut
#awesome :)




Tengok matahari terbenam memang tenang hati, sungguh indah ciptaanNya :)


Terima Kasih Daun Keladi,Nanti Datang Lagi

Sunday 20 April 2014

End of Kerja Projek











Motif bergambar: Kerja Projek dah siap ~ yeehuuuuuuu :D
Tempat: Padang Sekolah SMK Keladi
Tarikh: 9 April 2014


*merdeka la kononnya =.=" padahal lagi sebulan nak periksa penggal 2 tau dakk !* 

Terima Kasih Daun Keladi,Nanti Datang Lagi