Monday 26 October 2015

Wordless #6






Selamat Pengantin Baru abang nombor 6
kakak ipar tua setahun tapi masih tetap rasa diri budak-budak *erkk?
balik sebab jerebu kelas ditangguhkan, kalau tidak jangan harap nak balik kan.
otak fikir assignment, hati masih gembira balik rumah :P
Majlis yang ringkas, sehabis ringkas rasanya sebab pengantin pun makan ceduk nasi sendiri. hahaha



___________________________________________________________________



Persatuan Pengurusan Awam
diberi jawatan Timbalan exco informasi dan teknologi
masih terkejut macam mana boleh terpilih diantara yang terhebat 
semasa interview hanya menceritakan pengalaman di sekolah dan kemahiran yang ada
ohh hanya sembang santai dengan senior semasa interview tetapi terpilih juga *Terkejut !
komitmen betul rasa sebab baru sem 1 dah ada jawatan, baru bertatih nak belajar hidup dalam dunia baru ditambah pulak dengan 'assignment' yang cukup dikira sepuluh jari. 
Semoga diri tabah menghadapinya, insyaallah ~






Gambar blur *ohh alangkah seronoknya jika kamera Dslr yg berhabuk kat rumah di bawa





dah jarang publish blog



Terima Kasih Daun Keladi,Nanti Datang Lagi

Monday 7 September 2015

New Chapter #UUMisthebest





Hari mula dapat surat tawaran rasmi semata-mata nak tgk Dewan Penginapan Pelajar (DPP) dan dah ditetap di DPP Bank Muamalat
hari pendaftaran dapat roomate orang kelantan, kos sekali, jadual kelas sekali dan birthday selang sehari. ohh sungguh lawak ! 
Masa orientasi selama 4 hari, memang masa tu cepat dan tepat. masuk bilik utk bersiap ja, lepas tu turun pergi ke Dewan Mu'adzam Shah (DMAS) jalan kaki tau. lebih kurang 15minit juga la berjalan. berjalan secara berjemaah pulak tu.
sambil jalan tegur orang walaupun tak kenal, buat ramah je la kan. Setiap kali jalan mesti jumpa muka yg berbeza. hahahak, okay bayangkan lah penginapan pelajar tu pelajar baru 600 orang.
Makanan jangan risau, macam macam ada. yang penting lokchin yg aku mengidam lama tuh dah dapat. Mintak UUM semata-mata nak makan lokchin ke? hahahak





Majlis bacaan ikrar, wajib pakai tudung cerah. cakap je la putih kan. sia sia beli tudung warna cream,hurmm ~ malam tu berebutlah nak membeli tudung warna putih. Mahal pun tak apa, asalkan dapat tudung -__-
Malam yg bosan, naik bas tanpa hala tuju. Naik dan bas itu pusing satu kampus, wahhh dengan aircond yg sejuk dalam bas. 






Malam asperiasi seni. Malam ni gempak sangat, setiap DPP ada 'cheers' (lawan bersorak) dan macam dalam stadium ja rasa. Yang paling kuat mestilah lelaki la kan.
Persembahan setiap DPP wajib hantar wakil, dan DPP Bank Muamalat dapat tema akustik, macam busker tepi jalan. 
Memang tak disangka setiap DPP memang terbaik. Dan macam tengok konsert ja malam tu.
yg paling cantik sekali, penonton buka torchlight dan letak dekat botol air. Cantik :D




Selamat Datang ke dunia baru ! 
#UUMisthebest - hashtag yg dah mencecah 2juta 

Terima Kasih Daun Keladi,Nanti Datang Lagi

Friday 31 July 2015

1 Syawal + Hari Graduasi



Tahun ni raya geng bujang, yang berkahwin habis beraya rumah mertua. 
Inilah jadinya bila anak-anak bujang bergambar. Tak adanya yg serius, semua nak gaya kuak lentang, kuak kupu-kupu dan gaya bebas -__-

Beraya tahun ni pergi rumah kawan sekolah, bila lama tak jumpa dan masing-masing ada kerjaya sendiri rasa ahhhhhh rindunya zaman sekolah. Peragai masing-masing tak berubah ;P

Balik kampung rumah tok menakan dapat pengalaman baru, nak tahu ? tengok tok menakan hambat kerbau masuk kandang. wahhhhh macam orang panggil hantu. terpekik, menjerit. hahaha. kerbau keluar drp lumpur dgn segaknya, maka anak menakan menjerit ketakutan. Ada juga ank menakan ingat kerbau itu Elephant. Mohon pergi zoo nanti -_-''

open house tahun ni, menumpang rumah kakak. Rakan-rakan pra-U yang gila bakso menu wajib setiap kali open house mesti datang. terima kasih yg datang :)




Alhamdulillah, Hari Graduasi pertama kalinya dilaksanakan utk pelajar pra-u/STPM SMK Keladi 29/7/2015.
Terima kasih kepada cikgu dan junior segala usaha yang dilakukan bagi menjayakan hari graduasi ini. Akhirnya, segala penat lelah dan usaha berjaya di lalui. 
Semoga semua dapat menjejakkan kaki ke menara gading. Rezeki dimana-mana sahaja ;D 




Terima Kasih Daun Keladi,Nanti Datang Lagi

Friday 27 February 2015

Flying to Sabah





Alhamdulillah, perjalanan yang dah lama dirancang. dah lama nak pergi, akhirnya sampai juga.
disebabkan kakak di'posting'kan ke sekolah di sabah, masalah tempat tinggal beres. jimat. 
jalan-jalan pun sendiri je, pemandu pelancong pun tak dak. belasah je jalan janji sampai. hihik
tempat yang menjadi sasaran kami: Rumah Terbalik, Desa Farm Kundasang (kaki gunung) , Tagal ikan *ikan gigit kaki* , Pasar Philipina , Pulau Sapi dan Pulau Manukan. 
air laut dia cantik, tak tercemar dan sejuk tau. kalau nak merasa pergi lah nanti :p 




Kebetulan sangat jumpa banner bunga rafflesia di gantung tepi jalan. masuk-masuk seorang RM20, murah atau mahal ? tak apalah alang-alang sampai kan, sebab bunga ni jarang nak berbunga tau. bunga yang kami melawat ni special sikit sebab apa 6 kelopak.



Gunung Kinabalu
gunung ni malu, nak tengok dia boleh nampak masa pagi ja. pagi pun dalam beberapa minit ja boleh tengok, tengah hari ka petang ka habis ditutup awan. cantik ciptaan Tuhan, indah dan nyaman ja tengok. Melihat pemandangan didepan mata lain dengan depan 'screen' komputer :D


Selamat Tahun Baru warga blogger, haha * lama sangat tak update kan, macam la sibuk sangat -_-


Terima Kasih Daun Keladi,Nanti Datang Lagi