Tuesday 2 December 2014

Wordless #5





Kadang-kadang terfikir macam mana la aku boleh terjebak menjadi pelajar tingkatan 6. Dulu masa sekolah tak terfikir langsung nak masuk tingkatan 6, fikir masuk Universiti ja. Padahal baru tahu punyalah susah nak masuk Universiti walaupun keputusan SPM tak la teruk sangat.

Bila dah mula jadi pelajar tingkatan enam rendah memang terumbang-ambing jugak la fikiran, nak berhenti ka tak nak. Dapat tawaran Politeknik, Pra Diploma UITM pun tolak sebab dah fikir masak-masak nak teruskan juga STPM. *walaupun belajar main-main betul*

Penggal 1 dah lepas mula la penggal 2 pulak,masa tuh kerja projek yang menggila susah sebab pengalaman takdak langsung *zero* ramai juga la yang berhenti sebab stress.haha sampai macam tuhh sekali.Nak bahagikan masa untuk 'study' dan buat kerja projek memang pening jugak la.

Naik penggal 3 rasa dah ada pengalaman, okay la bila buat kerja projek tambah tambah subjek Pengajian Perniagaan -___-
bila final exam, bermulalah exam penggal 3 dengan ulangan*repeat,sshhhhh* masa exam free tak jawab elok elok kan bila dapat eheem ehemm kena la mengulang *RM50 1 paper okayyyy*

Banyak sangat kenangan, walaupun dalam masa 1tahun setengah ja. Kawan-kawan yang selalu happy, selalu gelak, kelas kalau boleh bising lagi daripada budak tingkatan 2 =_="" 
jamuan pun setahun 5 6 kali buat, kerja makan ja. berat badan pun kerja naikkkkk ja kan.

Bila tamatnya sekolah, rasa nak pulak p sekolah.haha, harap harap semua berjaya menyambung pelajaran ke Universiti. Biarlah yang berlalu menjadi kenangan yang terindah *ccehhhh*

*sebenarnya lama tak update blog, ok papai*


Terima Kasih Daun Keladi,Nanti Datang Lagi

1 comment:

Post a Comment