Hye, Assalamualaikum.
macam mana hari anda hari ni? panas? nak makan yang sejuk sejuk? *dah macam iklan dah kenapa..kuikuiki
haa ni mehh aku nak kongsi cara buat aiskrim buah yang sihat sebab 99% buah-buahan tau
cara buat pun mudah dan tak perlukan modal yang tinggi pun.
ni hasil aku buat aiskrim tembikai, mengancam tak ?
Bahan-bahan
- Buah- aku guna buah tembikai dan sunquick
- Bekas aiskrim- yang ni beli kat kedai eco RM2 je
- Batang aiskrim- beli kat eco RM2 jugak
- Plastik wrap- fungsi dia tak nak bagi batang aiskrim senget
semua ni aku beli kat kedai eco RM2 **bekas aiskrim tu ada je batang dia sendiri tapi aku prefer yang kayu tu sebab aku boleh buat banyak, so tak la berebut kan nak kena habiskan aiskrim baru boleh buat yang lain..kan kan
Cara-cara
- Kisar buah macam nak buah jus buah **nak manis lagi letak la gula
- Tapis jus buah yang dikisar tadi tu
- Tuang dalam bekas aiskrim
- Bekukan dalam freezer (4-5 jam)
- Dah beku apa lagi sedia untuk di makan lah
buang kulit sebelum kisar
jangan letak sebiji pula, belah la bagi kecik sikit kang rosak blender
sedia untuk dikisar
dah kisar then tapis, so bekukan dalam freezer
Tadaaaa !!! ini hasilnya
ini kalau budak-budak habis ke diorang saja la..hihi
saya halalkan perkongsian resepi saya ni
harap korang cuba la ye
baii ~
No comments:
Post a Comment