Thursday, 25 July 2019

Pizza mini home made #Resepi

Assalamualaikum dan hai semua !!
jadi post kali ni nak share resepi pizza homemade yang mudah gila weii
guna roti ja, tak perlu uli tepung.. letih ja semua tuu kan haa...

Let's go memasak !

Bahan-bahan
  • Roti 1 pack (12 keping) - aku guna roti gardenia
  • Tomato sos/paste 1 tin - aku guna prego bolognese 
  • Bawang holland setengah biji
  • Cendawan buntang 1 tin
  • Nenas (beli dalam tin boleh yang buah segar pun boleh)
  • Sosej 5 batang
  • Chesee 1 pack
**bahan-bahan ni ikut cita rasa masing-masing mana yang suka letak jer macam carrot ke, tuna ke, sardin ke (ehhh sedap la pulak)

Cara-cara
1. Sapu marjerin/planta dalam loyang 
2. Susun roti dalam loyang yang disapu planta tadi tu
3. Letak sos tomato (bolognese) atas roti yang disusun 
4. Kemudian letakkan bahan-bahan (topping pizza)
5. Dah siap letak bahan, bakar pizza 10-20 minit suhu 160 (panaskan oven dulu tau)
6. Pizza segera dah siap dan sedia untuk makan!!

Bagi memudahkan korang, aku ada letak video kat bawah ni.. tengok video lagi mudah dan senang faham kot. Selamat mencuba ya !!



Terima Kasih Daun Keladi,Nanti Datang Lagi

Friday, 17 May 2019

Aiskrim buah homemade (popsicle homemade) #Resepi

Hye, Assalamualaikum. 
macam mana hari anda hari ni? panas? nak makan yang sejuk sejuk? *dah macam iklan dah kenapa..kuikuiki
haa ni mehh aku nak kongsi cara buat aiskrim buah yang sihat sebab 99% buah-buahan tau
cara buat pun mudah dan tak perlukan modal yang tinggi pun.

ni hasil aku buat aiskrim tembikai, mengancam tak ?


Bahan-bahan
  • Buah- aku guna buah tembikai dan sunquick
  • Bekas aiskrim- yang ni beli kat kedai eco RM2 je
  • Batang aiskrim- beli kat eco RM2 jugak
  • Plastik wrap- fungsi dia tak nak bagi batang aiskrim senget 

 semua ni aku beli kat kedai eco RM2 **bekas aiskrim tu ada je batang dia sendiri tapi aku prefer yang kayu tu sebab aku boleh buat banyak, so tak la berebut kan nak kena habiskan aiskrim baru boleh buat yang lain..kan kan

Cara-cara
  1. Kisar buah macam nak buah jus buah **nak manis lagi letak la gula
  2. Tapis jus buah yang dikisar tadi tu
  3. Tuang dalam bekas aiskrim
  4. Bekukan dalam freezer (4-5 jam)
  5. Dah beku apa lagi sedia untuk di makan lah

 buang kulit sebelum kisar

 jangan letak sebiji pula, belah la bagi kecik sikit kang rosak blender 

 sedia untuk dikisar

 dah kisar then tapis, so bekukan dalam freezer


Tadaaaa !!! ini hasilnya



ini kalau budak-budak habis ke diorang saja la..hihi
saya halalkan perkongsian resepi saya ni
harap korang cuba la ye
baii ~



Terima Kasih Daun Keladi,Nanti Datang Lagi

Tuesday, 16 April 2019

Bukit Larut, Taping Perak

Kalau yang pernah ke Taiping mesti pernah tahu atau pernah jejak ke Bukit Larut kan. Bagi yang tak tahu Bukit Larut ni dikenali juga dengan nama Bukit Maxwell (sempena nama residen British pada ketika itu yang bernama George Maxwell pada tahun 1880). 

Kalau korang nak tahu la kan, dulu masa zaman British Bukit Larut ni tempat berehat pegawai-pegawai British. Okaylah ambil tahu serba sedikit dah la sejarah Bukit Larut ni, tujuan aku nak cerita pengalaman naik atas Bukit Larut ni. 

Tiket berapa RM kalau nak naik Bukit Larut ? meh nak bagitahu.

Dah tengok gambar pun dah nampak tiket RM10 untuk dewasa, RM5 untuk kanak-kanak. Kaunter jualan tiket dekat kawasan kaki bukit je, korang masuk pintu gerbang nampak la kaunter jualan tiket. Masa naik dan masa turun pun ada jadual kat tiket. Jadi, tak perlu risaulah kan.. selalunya masa beli tiket diorang akan tick kat tiket jam berapa kita nak naik dan turun.

Masa duduk atas tu tak lama, diorang bagi 30 minit je untuk 
kita layan view dan lepak lepak atas tu
**macam dekat Gunung Jerai kita boleh tetapkan masa kita sendiri masa bila nak turun**
 

Perjalanan nak naik ke atas Bukit Larut 30 minit jugalah dengan lalu jalan sempit dan lebih kurang 72 selekoh berliku tajam dekat lereng bukit. Memang masa naik tu badan ke kiri ke kanan la masa lalu selekoh, selekoh dia bukan tajam dah aku rasa tapi berlipat lipat..haha. aku pula duduk belakang.. nasib bukan jenis cepat mabuk jalan (ehh ada ke mabuk jalan?)

oh ya, diorang bawak kita naik atas tu guna kereta jeep.. jadi jangan risau la kalau korang fikir kereta tak boleh pickup nak naik bukit ke apa kan. 
Aku attach video kat korang la, macam mana keadaan sebenar jalan nak naik tu. 
Syok juga duduk belakang kan. hehehe


Bila dah sampai atas diorang akan park kita dekat cafe bukit larut (entah aku tak tahu nama cafe tu), tapi masa aku pergi cafe tengah 'renovate' jadi cafe pun tutup. 
Tapi tak apa, tujuan naik atas tu bukan nak makan kan.. 

View atas tu seriusly aku cakap cantik nak MAMPUS!!!! macam duduk dekat kawasan perkampungan Hobbit, ala ala di kawasan cerita dogeng kartun Cinderella, Repunzel, Snow White (ehh snow white bersalji, silap silap)
 okaylah membebel panjang, meh aku tunjuk kat korang view atas tu..

view aku ambik dari atas cafe
 
Turun-turun kereta ja terus nampak 'signboard' Bukit Larut ni.
ya diorang akan berhenti dekat sini, sebelah 'signboard' ni cafe. 

kawasan cafe, yang rumah kayu tu aku lupa dah apa dia(jangan marah ye)


ahhh, kenapa cantik angle aku ambik ni (puji diri sendiri)

cantik kan? rasa macam perkampungan Hobbit 
 

 view ni aku dah turun bawah sikit, bawah sikit daripada cafe tuu.
 alah jalan kaki je


view dari jambatan gantung, menara tu tak boleh naik.. 
tak tahu la kenapa, baru naik tengok view bandar Taiping kan.

 Jambatan gantung 
bawah sikit daripada cafe, so korang jalan kaki je turun bukit tu sikit.
alahh, bila lagi nak exercise kan

 tak ada orang, seronok nak posing ambik gambar (ewaahhh)
**kalau korang follow instagram aku mesti perasan aku 
posing kat sini dengan anak buah-buah aku tu**



 lagi sekali, cantiknya angle aku ambik ni.hihi
alaa alaa macam cerita Twilight gituuuw


askar-askar yang menyibuk nak ikut
jenuh kepung oiii


ya, anak buah aku je ikut mak ayah depa tak ikut pun
kereta jeep tu la kami naik





okay sampai sini saja dulu pengalaman aku naik Bukit Larut, 
kalau korang teringin nak naik digalakkan sebab memang puas hati dengan view atas tu

Jumpa next post. Assalamualaikum ~




Terima Kasih Daun Keladi,Nanti Datang Lagi