Kalau yang pernah ke Taiping mesti pernah tahu atau pernah jejak ke Bukit Larut kan. Bagi yang tak tahu Bukit Larut ni dikenali juga dengan nama Bukit Maxwell (sempena nama residen British pada ketika itu yang bernama George Maxwell pada tahun 1880).
Kalau korang nak tahu la kan, dulu masa zaman British Bukit Larut ni tempat berehat pegawai-pegawai British. Okaylah ambil tahu serba sedikit dah la sejarah Bukit Larut ni, tujuan aku nak cerita pengalaman naik atas Bukit Larut ni.
Tiket berapa RM kalau nak naik Bukit Larut ? meh nak bagitahu.
Dah tengok gambar pun dah nampak tiket RM10 untuk dewasa, RM5 untuk kanak-kanak. Kaunter jualan tiket dekat kawasan kaki bukit je, korang masuk pintu gerbang nampak la kaunter jualan tiket. Masa naik dan masa turun pun ada jadual kat tiket. Jadi, tak perlu risaulah kan.. selalunya masa beli tiket diorang akan tick kat tiket jam berapa kita nak naik dan turun.
Masa duduk atas tu tak lama, diorang bagi 30 minit je untuk
kita layan view dan lepak lepak atas tu
**macam dekat Gunung Jerai kita boleh tetapkan masa kita sendiri masa bila nak turun**
Perjalanan nak naik ke atas Bukit Larut 30 minit
jugalah dengan lalu jalan sempit dan lebih kurang 72 selekoh berliku tajam dekat lereng bukit. Memang masa naik tu badan ke kiri ke kanan la masa lalu selekoh, selekoh dia bukan tajam dah aku rasa tapi berlipat lipat..haha. aku pula duduk belakang.. nasib bukan jenis cepat mabuk jalan (ehh ada ke mabuk jalan?)
oh ya, diorang bawak kita naik atas tu guna kereta jeep.. jadi jangan risau la kalau korang fikir kereta tak boleh pickup nak naik bukit ke apa kan.
Aku attach video kat korang la, macam mana keadaan sebenar jalan nak naik tu.
Syok juga duduk belakang kan. hehehe
Bila dah sampai atas diorang akan park kita dekat cafe bukit larut (entah aku tak tahu nama cafe tu), tapi masa aku pergi cafe tengah 'renovate' jadi cafe pun tutup.
Tapi tak apa, tujuan naik atas tu bukan nak makan kan..
View atas tu seriusly aku cakap cantik nak MAMPUS!!!! macam duduk dekat kawasan perkampungan Hobbit, ala ala di kawasan cerita dogeng kartun Cinderella, Repunzel, Snow White (ehh snow white bersalji, silap silap)
okaylah membebel panjang, meh aku tunjuk kat korang view atas tu..
view aku ambik dari atas cafe
Turun-turun kereta ja terus nampak 'signboard' Bukit Larut ni.
ya diorang akan berhenti dekat sini, sebelah 'signboard' ni cafe.
kawasan cafe, yang rumah kayu tu aku lupa dah apa dia(jangan marah ye)
ahhh, kenapa cantik angle aku ambik ni (puji diri sendiri)
cantik kan? rasa macam perkampungan Hobbit
view ni aku dah turun bawah sikit, bawah sikit daripada cafe tuu.
alah jalan kaki je
view dari jambatan gantung, menara tu tak boleh naik..
tak tahu la kenapa, baru naik tengok view bandar Taiping kan.
Jambatan gantung
bawah sikit daripada cafe, so korang jalan kaki je turun bukit tu sikit.
alahh, bila lagi nak exercise kan
tak ada orang, seronok nak posing ambik gambar (ewaahhh)
**kalau korang follow instagram aku mesti perasan aku
posing kat sini dengan anak buah-buah aku tu**
lagi sekali, cantiknya angle aku ambik ni.hihi
alaa alaa macam cerita Twilight gituuuw
askar-askar yang menyibuk nak ikut
jenuh kepung oiii
ya, anak buah aku je ikut mak ayah depa tak ikut pun
kereta jeep tu la kami naik
okay sampai sini saja dulu pengalaman aku naik Bukit Larut,
kalau korang teringin nak naik digalakkan sebab memang puas hati dengan view atas tu
Jumpa next post. Assalamualaikum ~