Tahun ni raya geng bujang, yang berkahwin habis beraya rumah mertua.
Inilah jadinya bila anak-anak bujang bergambar. Tak adanya yg serius, semua nak gaya kuak lentang, kuak kupu-kupu dan gaya bebas -__-
Beraya tahun ni pergi rumah kawan sekolah, bila lama tak jumpa dan masing-masing ada kerjaya sendiri rasa ahhhhhh rindunya zaman sekolah. Peragai masing-masing tak berubah ;P
Balik kampung rumah tok menakan dapat pengalaman baru, nak tahu ? tengok tok menakan hambat kerbau masuk kandang. wahhhhh macam orang panggil hantu. terpekik, menjerit. hahaha. kerbau keluar drp lumpur dgn segaknya, maka anak menakan menjerit ketakutan. Ada juga ank menakan ingat kerbau itu Elephant. Mohon pergi zoo nanti -_-''
open house tahun ni, menumpang rumah kakak. Rakan-rakan pra-U yang gila bakso menu wajib setiap kali open house mesti datang. terima kasih yg datang :)
Alhamdulillah, Hari Graduasi pertama kalinya dilaksanakan utk pelajar pra-u/STPM SMK Keladi 29/7/2015.
Terima kasih kepada cikgu dan junior segala usaha yang dilakukan bagi menjayakan hari graduasi ini. Akhirnya, segala penat lelah dan usaha berjaya di lalui.
Semoga semua dapat menjejakkan kaki ke menara gading. Rezeki dimana-mana sahaja ;D