Sunday, 7 July 2013

#eating.



ehem ehemm,makan di Chef Det *cehh macam tak dak cerita lain nak cerita tau -_-*
sedap makanan kat situ,harga pun boleh tahan jugak la :D
selalunya kalau p kedai macam ni mesti nak pesan jenis jenis 'chop chop' ni ==" chicken chop, lamb chop huh bajet orang putih kononnya,hahak
pengang pisau pun macam nak sembelih ayam ja :P *abaikan*





Coco House
Lebih kurang macam ice blended la. Selalunya yang paling laku Cool blog *rasanya* sekarang kita rasa pulak house house ni.
Sedap jugak tau :D yang ni kita nak pilih letak selain daripada bubble yang macam guli tuhh -.-`
Masa pesan kat kaunter kakak tu tanya nama apa,cehhh dalam hati nih hurmm nama apa yaa automatik 'princess' huh? sejak bila dalam surat beranak aku nama princess nih -_- hairan sebentar yaa.
Mak letak nama sedap sedap ikut suka ja tukar princess..hahaha
okay abaikan bukan apa segan bagi nama betul >.< *alasan*
Encik Muslim kita belanja la..auuuwww ~! :P




Lawatan ke SilTerra :) 

Inilah tingkatan enam bawah yang ramai sampai cikgu halau suruh keluar sebab tak larat nak kepung -_-"


Byebye



Terima Kasih Daun Keladi,Nanti Datang Lagi

Thursday, 4 July 2013

Lawatan dan Hari Keusahawanan.



Lawatan ke kilang SilTerra & Sirim di hi-tech kulim.Sebenarnya kami ni tukang penyibuk ja 'upper' six ada tugasan -_- duduk dalam bas pun 2 kerusi 3 orang.Usaha cikgu nak bawak kami semua bukan apa nanti senang sebab dah tahu macam mana nak buat.

Padahal satu apa pun tau faham,duduk dalam dewan buat muka blurr angguk angguk macam faham,cehhhh ~! *berlakon cukup pandai :P

Balik sekolah terus singgah Mcd :D misi habiskan duit lepas tuh duit habis buat muka kesian mintak kat mak =="



Yang ni pulak Hari Keusahawanan alahhh Hari Kantin,kalau abang senior kami *cehh abang kau* eja hari keushahawanan entah apa yang dia nak usha tak tau :P

Baru tahu yang sekolah nih buat cabutan bertuah sambil orang sibuk tengah makan dan tahun ini saya tak bertuah.Sudah la tuuh dua tahun dah dapat jangan tamak wahai Zalikha ==`

Gerai-gerai yang dibuka pun sikit ja,sikit pun jangan terkejut kalau makanan dia mahal TerSangat.Kupon rm10 boleh la beli 3 benda -.-" perut pun menari sakan terpaksa la beli kan.Kantin sekolah pun tutup kalau dak mencekik la roti ikan bilis yang sedap tu :) 

Specialnya ada car wash :D tapi sekali basuh rm10 okay la untuk cikgu cikgi sekali wax tayar,vacum dalam semua.Kami 'lower' six bagi cadangan nak basuh motor,cikgu dengan confident cakap 'hampa nak basuh motor tak terkeluar ka wayar wayar" ==" cikgu tak pernah naik motor nih.

Pelajar Pra U ramai yang tolong orang yang tengok nih pun pening tengok. Dengan kamera digital kat tangan pusing satu sekolah curi-curi ambil gambar orang la la la :P. Bukan curi tulang tapi erkk? *tiada alasan*

Nasi ayam dia tawaq :| 

Kebab sedap, air float sedap *Pra U punya puji sakan la kan :P*

Bye.





Terima Kasih Daun Keladi,Nanti Datang Lagi